Jumaat, 20 Mac 2009

RANCANGAN YG DICDGKAN SUPAYA MENDEKATKAN KEMBALI KPD ISLAM!!!!!

1.RANCANGAN WHO WILL BECOME USTAZ(WHO WILL WIN)

Reality show yang menampilkan peserta 12 lelaki yang akan bersaing untuk menjadi seorang Ustaz. Mereka akan ditempatkan disebuah madrasah dan akan diuji ketahanan dari segi membaca alquran,menunaikan sembahyang wajib, menunaikan sembahyang sunat, azan dan lain lain... Setiap minggu akan di akan pertandingan memberi tazkirah di hadapan penonton yang juga akan disiarkan live dikaca Televison.. Peserta akan dinilai oleh juri profesional (30%) dan sms penonton (70%) pemenang akan mendapat pakej haji percuma.

2.AKADEMI ISLAMIAH (AI)

Reality show yang mengambil 12 budak budak yang telah sesat dan rosak akhlaknya.. Mereka akan ditempatkan di sebuah banglo, dan akan diajar cara hidup islam. Setiap minggu mereka harus menunjukkan apakan kepakaran dalam islam yang telah mereka pelajari, dihadapan penonton secara live. SMS penonton akan menentukan peserta yang layak untuk menang (pilih berdasarkan taraf keinsafan mereka). Mereka menangis kerana menginsafi dosa lalu mereka.Mereka akan 'dikurung' dan dipacakkan dengan 13 kamera CCTV.

3.RANCANGAN MUSLIM IDOL(MALAYSIAN IDOL)

Reality show untuk mencari penceramah Islam terbaik di malaysia. Peserta yang dapat memberi ceramah yang mengusik jiwa penonton akan mara keperingkat seterusnya hingga ke akhir. Peserta diadili oleh penonton melalui sms. Pemenang akan mendapat peluang merakamkan lagu nasyid dan juda CD ceramahnya.

4.BINTANG RAMAJA TAHU MENGAJI(RTM)

Sebuah lagi program yang diharapkan dari stesen kerajaan Islam Hadhari kita iaitu berbentuk program tahu mengaji. Peserta diajar cara membaca secara tartil,bertajwid dengan betul,menghafaz Quran dan berlagu. Peserta yang berjaya akan mendapat hadiah dalam aset kekal seperti rumah dan tanah,hadiah mestilah nilainya tinggi dari mana-mana pertandingan hiburan yang ada di tanah air.Ini kerana Al-Quran tiada nilainya.
.
.p/s

Ini adalah satu cadangan yang mungkin kita boleh utarakan,masyarakat mungkin sudah jemu/bosan dengan hiburan terkini @ tv show yang ada sekarang.Semuanya pengisian lahiriah sahaja tanpa ada pengisian rohani,kalau hendak diikutkan nafsu hiburan sampai bila-bila pun tidak akan cukup buat kita.(apa-apa komen bolehlah sampaikan pada ruangan bloq saya nanti)

0 ulasan: