Ahad, 29 Mac 2009

Daddy Can you give me 10 $ ?



A man came home from work late, tired and irritated, to find his 5 year old son waiting for him at the door.

"Daddy, may I ask you a question?"

"Yeah, sure, what is it?" replied the man.

"Daddy, how much money do you make an hour?"

"That's none of your business! What makes you ask such a thing?" the man said angrily.

"I just want to know. Please tell me, how much do you make an hour?" pleaded the little boy.

"If you must know, I make $20.00 an hour."

"Oh, " the little boy replied, head bowed. Looking up, he said, "Daddy, may I borrow $10.00 please?"

The father was furious. "If the only reason you want to know how much money I make is just so you can borrow some to buy a silly toy or some other nonsense, then you march yourself straight to your room and go to bed. Think about why you're being so selfish. I work long, hard hours everyday and don't have time for such childish games."

The little boy quietly went to his room and shut the door. The man sat down and started to get even madder about the little boy's questioning. How dare he ask such questions only to get some money. After an hour or so , the man had calmed down, and started to think he may have been a little hard on his son. May be there was something he really needed to buy with that $10.00 and he really didn't ask for money very often. The man went to the door of the little boy's room and opened the door. "Are you asleep son?" he asked.

"No daddy, I'm awake," replied the boy.

"I've been thinking, maybe I was too hard on you earlier," said the man. "It's been a long day and I took my aggravation out on you. Here's that $10.00 you asked for."

The little boy sat straight up, beaming. "Oh, thank you daddy!" he yelled. Then, reaching under his pillow, he pulled out some more crumpled up bills. The man, seeing that the boy already had money, started to get angry again. The little boy slowly counted out his money, then looked up at the man.

"Why did you want more money if you already had some?" the father grumbled.

"Because I didn't have enough, but now I do," the little boy replied. "Daddy, I have $20.00 now... Can I buy an hour of your time?"

moral>>always appreciate those who are with us and always thank them for the time they spent for us..

Isnin, 23 Mac 2009

LELAKI IDAMAN WANITA KONON......



1. LELAKI YANG PRIHATIN - Iaitu mendengar dengan teliti apa yang kami(hawa) cakap bukan dengar dengan telinga yang kembang aje..dan bukanmasuk telinga kiri keluar telinga kanan; sebab cara mendengar begitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan jadi membebel, biladah membebel, panjanglah ceritanya, lepas tu pandai pulak nak menuduh yang kami ni DJ baru Hot fm..kesalahan sendiri tak perasan..

2. LELAKI YANG MENJADI PENAWAR - Iaitu yang rajin dan pandai
memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati kami; walaupun rupa tidak sekacak Hitrik roshan, tidak mengapa, yang penting kaum perempuan ni sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampai sakit jiwa raga jadi, hatinya amat perlu dijaga; dan hanya kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki akan menjadi penawar segala bisa.

3. LELAKI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA - Kebebasan tu bukankebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasanyang berupa hak . Contohnya bila berada di dalam kedai perabot, kaumperempuan berhak untuk mengangkut sebanyak mana barangan yangdikehendaki,kecuali tokey kedai tu..lelaki cuma perlu senyum saja.Jika hendak melarang pun, gunakanlah suara selembut bayu.Tanam tebu tepi bibir bagi manis ye..

4. LELAKI YANG BERHATI-HATI - Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-mudah saja untuk mengeluarkan kritikan terutama tentang masakankami. Sebab...ketahuilah ye..apabila kaum perempuan itu memasak,mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu ini, kalau mereka maukan begitu, tentulah mereka memasuki peraduan masakan.Jadi..biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap.
Lain daripada itu, sedap tak sedap..'pulun' aje le...!!!

5. LELAKI YANG WANGI - Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum
perempuan yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi perhatian akan perkara ini. Jagalah fizikal anda,,apalagi yang kuku berkarat dan selekeh macam pelarian tak cukup kaki. Kalau nak markah lebih tinggi, kenakan wangi-wangian selalu, mandi dan berendamlah dalam botol minyak wangi.Wangi juga antara lulus interview menantu tau!

6. LELAKI YANG PEMURAH - Dalam erti kata yang lain, lelaki yang
pemurah adalah yang sentiasa rela dan redha menyerahkan wang ke tangan perempuan. Bukan untuk dikuasai, tapi inilah cara paling baik untuk kaum perempuan, terutamanya kaum isteri untuk mengawal asap rokok yang disedut suami. Paling penting langkahnya pun tidaklah terlalu panjang dan matanya pun tidaklah terlalu liar untuk memandang perempuan-perempuan lain.

7. LELAKI YANG TIDAK KISAH - Iaitu lelaki yang tidak ambil kisah
sangat samada kaum perempuan ni nak memasak ke, nak membasuh ke, nakmengemas atau pun tidak bila di rumah tu. Malah, lelaki yang masuk dalam kategori lelaki tidak kisah ini adalah kaum lelaki yang memberi kelonggaran sepenuhnya kepada isterinya untuk menjadikan kedai makansebagai dapur nombor dua mereka. Itulah yang menjadi idaman ramai wanita tu..!!('',)

8. LELAKI YANG MEMBERI SOKONGAN PADU - Inilah ciri-ciri lelaki yangamat diidamkan perempuan. kongan padu mereka adalah sokongan paduyang amat padat kepada kaum perempuan untuk memanjangkan masa-masa bersidang mereka dengan teman-teman atau jiran tentangga. Apabila mereka mula bersidang, lelaki yang menyokong dengan sepenuh hati tidak sesekali akan bertindak tegas atau mengacau biarpun perutmereka waktu itu sudah berkeroncong perut , mereka pandai membawa diri dan perut sendiri tanpa perlu menyusahkan isteri. Sungguh bertuah siapa
yang memiliki dia kan...!!

9. LELAKI YANG CINTAKAN KEDAMAIAN - Apabila seseorang lelaki itu bersifat cintakan damai, maka tenanglah hidup mereka bersama wanita pilihan. Contohnya, tidaklah lagi akan kedengaran perbalahan atau undian balik kampung siapa di musim-musim raya . Lelaki begini amatmemahami dan sedar bahawa isterinya telah bertungkus-lumus menjaga anak dan jaga rumah jadi, sentiasa balik kampung isteri adalah hadiahterbaik. Cukuplah setengah hari setahun aje balik kampung sendiri;
daripada tak balik langsung dan daripada bergaduh beramuk...lebih baik...beralah kan..

10. LELAKI YANG MENYERAHKAN KUASA VETONYA - Inilah ciri lelak i yangmenjadi buruan kaum perempuan..jika mereka sanggup menyerahkan kuasa veto ke tangan wanita..mereka akan menjadi lebih macho dan hensem daripada Brat Pitt atau Nicholas Cage di mata wanita . Kuasa Veto yang diserahkan itu adalah kuasa veto untuk menentukan samada lelakiyang jadi suami mereka tu boleh pasang 2,3,4 atau tidak. Selain ituwanita juga diberi kuasa veto untuk menentukan siapa kawan-kawan suami mereka; ini untuk pastikan suami tak terikut-ikut perangai yangtak elok. Dengan kuasa veto ini juga beerti kita, kaum wanita berhak sepenuhnya untuk meminta kaum lelaki membuat karangan bertajuk "BILA
DAN DI MANA SAYA BERADA HARI INI" setiap kali mereka berhadapan dengan isteri , tunangan atau kekasih mereka.

ADA APA-APA PERBEZAAN??? Kalau anda tak terasa apa-apa mengikuticarta tersebut..janganlah khuatir, ia tak bermakna anda telah dilali, bebal atau kebal...Ingatlah, semua tu hanyalah CIRI-CIRI LELAKIIDAMAN.... bila kata idaman..ia memang amat jarang menjadi kenyataankan...jadi...berusahalah untuk jadi lelaki pilihan wanita..

selamat mencuba..

Sabtu, 21 Mac 2009

RENUNGKANLAH..


Kecantikkan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada
murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan kepada Allah.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran .

3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada .

5) Lelaki yang baik sangka .

6) Lelaki yang tak pernah putus asa .

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan. Sabda Rasulullah SAW:- "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" Surah Al-Ahzab: Ayat 71 "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." Wallahualam.

Jumaat, 20 Mac 2009

RANCANGAN YG DICDGKAN SUPAYA MENDEKATKAN KEMBALI KPD ISLAM!!!!!

1.RANCANGAN WHO WILL BECOME USTAZ(WHO WILL WIN)

Reality show yang menampilkan peserta 12 lelaki yang akan bersaing untuk menjadi seorang Ustaz. Mereka akan ditempatkan disebuah madrasah dan akan diuji ketahanan dari segi membaca alquran,menunaikan sembahyang wajib, menunaikan sembahyang sunat, azan dan lain lain... Setiap minggu akan di akan pertandingan memberi tazkirah di hadapan penonton yang juga akan disiarkan live dikaca Televison.. Peserta akan dinilai oleh juri profesional (30%) dan sms penonton (70%) pemenang akan mendapat pakej haji percuma.

2.AKADEMI ISLAMIAH (AI)

Reality show yang mengambil 12 budak budak yang telah sesat dan rosak akhlaknya.. Mereka akan ditempatkan di sebuah banglo, dan akan diajar cara hidup islam. Setiap minggu mereka harus menunjukkan apakan kepakaran dalam islam yang telah mereka pelajari, dihadapan penonton secara live. SMS penonton akan menentukan peserta yang layak untuk menang (pilih berdasarkan taraf keinsafan mereka). Mereka menangis kerana menginsafi dosa lalu mereka.Mereka akan 'dikurung' dan dipacakkan dengan 13 kamera CCTV.

3.RANCANGAN MUSLIM IDOL(MALAYSIAN IDOL)

Reality show untuk mencari penceramah Islam terbaik di malaysia. Peserta yang dapat memberi ceramah yang mengusik jiwa penonton akan mara keperingkat seterusnya hingga ke akhir. Peserta diadili oleh penonton melalui sms. Pemenang akan mendapat peluang merakamkan lagu nasyid dan juda CD ceramahnya.

4.BINTANG RAMAJA TAHU MENGAJI(RTM)

Sebuah lagi program yang diharapkan dari stesen kerajaan Islam Hadhari kita iaitu berbentuk program tahu mengaji. Peserta diajar cara membaca secara tartil,bertajwid dengan betul,menghafaz Quran dan berlagu. Peserta yang berjaya akan mendapat hadiah dalam aset kekal seperti rumah dan tanah,hadiah mestilah nilainya tinggi dari mana-mana pertandingan hiburan yang ada di tanah air.Ini kerana Al-Quran tiada nilainya.
.
.p/s

Ini adalah satu cadangan yang mungkin kita boleh utarakan,masyarakat mungkin sudah jemu/bosan dengan hiburan terkini @ tv show yang ada sekarang.Semuanya pengisian lahiriah sahaja tanpa ada pengisian rohani,kalau hendak diikutkan nafsu hiburan sampai bila-bila pun tidak akan cukup buat kita.(apa-apa komen bolehlah sampaikan pada ruangan bloq saya nanti)

Khamis, 19 Mac 2009

kisah orang baru kahwin...


Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus.

Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..


Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus
untuk makan sambil berjalan balik nanti.

Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus.
Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk
dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku. Aku nak pergi toilet sebab perutku mula
buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler...


Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PRROOTTT!!... fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi
kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit..

Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu
isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada
lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu..
lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu...
PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau ia powergila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni..
sambil tu aku sebut 'ahhhh....lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari nile... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku..mulutku terus melopong...ALAMAK!!!

Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!.

JADI KALO NAK KAWIN TUE CARI ORG YANG TAHAN KENTUT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!SUPAYA MASA DEPAN TERJAMIN.

Jumaat, 13 Mac 2009

Babai mak!!!!!!!!!!!




Suatu petang di sebuah 'supermarket'....Seorang lelaki muda tengah berjalan di bahagian barang-barang dapur apabila dia terperasan seorang perempuan tua yang tengah memandangnya dengan mata yang tak berkelip-kelip.

Lelaki muda itu pun terasa pelik..dia terus berjalan ke bahagian buah-buahan tapi dari ekor matanya dia perasan lagi yang perempuan tua tu masih juga memandang dan mengekorinya. Last-last lelaki tu pun buat dek jer, sebab dia ingat dia yang perasan. Lepas mengambil dua tin sardin dan lima biji epal, lelaki muda tu pun berjalan menuju ke kaunter untuk membayar barang-barangnya tetapi di pertengahan jalan perempuan tua tadi tuh cepat-cepat memintas dan berdiri di depannya.

"maafkan makcik nak!!" kata perempuan itu. "Makcik minta maaf bebanyak kiranya anak tak selesa dengan pandangan makcik tadi. Makcik bukannya apa, cuma wajah anak ni serupa macam arwah anak makcik yang meninggal bulan lepas" Mendengarkan kata-kata perempuan tua itu barulah dia faham kenapa perempuan itu asyik aje memandangnya. Timbul rasa kesian di hati lelaki itu.

"Oh, begitu ke ceritanya makcik? maaflah saya tak tahu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya lelaki muda itu.

"Aaaa.... mak cik ada satu permintaan kecil kalau anak tak keberatan" kata perempuan itu. "... bila makcik dah nak jalan keluar boleh tak anak lambai dan cakap 'babai...mak!!'? Terubat betul rindu makcik jika anak dapat tolong sebab arwah anak makcik selalu buat macam tuh pada makcik".

"Oh boleh... takde masalah" kata lelaki muda tu. Setelah cashier memasukkkan semua barang-barangnya ke dalam plastik, perempuan tua itu pun berjalan keluar dan melambai tangannya ke arahlelaki muda itu. Lelaki muda itu pun melambaikan tangannya kembali dan melaung "Babai, mak!!!!".

Setelah memerhatikan perempuan tua itu hilang dari pandangan dengan hati yang kesian, lelaki itu pun bergerak ke cashier untuk membayar barang-barangnya.

"Jumlah semuanya RM130.70 ye encik," kata cashier supermarket tuh. Terkejut lelaki tu mendengar kata-kata cashier tuh.

"Eh, kenapa mahal sangat ni cik, saya beli barang sikit jer macamana pulak sampai seratus lebih ni?" tanya lelaki itu.

"Habis tuh mak awak kata awak nak bayarkan untuk dia sekali!" kata cashier tuh.

"Haah???????!!!!"....



p/s

Pengajaran dari kisah tadi,janganlah terlalu percaya pada orang yang tidak kita kenali.berfikirlah panjang sebelum melakukan tindakan.Mudahan tiada pembaca yang akan terkena selepas ini.