Selasa, 17 Mei 2011

15 Fakta

1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.
2. Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).
3. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih
banyak tenaga
berbanding
keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata
nuklear yang
terdapat
di bumi.
4. Secara purata, ramai manusia lebih takut
labah-labah daripada takut mati.
5. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh
melompat.
6. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup
sehingga 116 tahun
atau
lebih.
7. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia
tidak boleh
menuruni
tangga.
8. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari
lelaki.
9. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk
anda menjilat
siku
sendiri.
10. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.
11. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan,
tetapi tumbesaran
hidung
dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.
12. Semua beruang kutub adalah kidal.
13. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz
otaknya.
14. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh
dibina dari
huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama
pada papan
kekunci.
15. Hampir semua pembaca email ini akan cuba untuk
menjilat sikunya.


Anda bagaimana?

Rabu, 17 Jun 2009

sinaran hati...

1)SAPE HEBAT
Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut
2)KELAS BI
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lainAda dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adikjer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan
3)SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.
4)MAYAT
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.
5)TIRU
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".
6)DOKTOR
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT , kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masaalah apa .....?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!" setelah diperiksa... .
Doktor : " Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..." Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?" Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar sahaja."
Pesakit : "Huh..
p/s
ceriakan hari anda dgn hiburan hati..gelak antara pengubat hati yang luka.disamping zikir yg berterusan.

Khamis, 14 Mei 2009

Yang lelaki sgt suka pd perempuan skarang!!!

Semasa membelek-belek sebuah majalah lama, saya tertarik dengan senarai mengenai apa yang lelaki suka dan tidak suka pada wanita. Hemm..cerewet juga lelaki ni ya! Kaum wanita kenalah pandai-pandai menjaga tingkah laku. Maklumlah, ciri-ciri wanita idaman lelaki mungkin tidak ada pada kita sekiranya terdapat salah satu sikap yang mereka tidak suka seperti senarai tersebut. Sejauh mana kebenarannya, hanya pembaca sahaja yang boleh menilai.

Lelaki suka:

1. Wanita yang bersikap kelakar
2. Berbudi pekerti
3. Murah hati
4. Senyuman manja
5. Tahu memasak
6. Pandai dalam menggayakan pakaian
7. Penampilan yang menarik dan sesuai dengan citarasanya
8. Tidak mudah naik angin
9. Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya kepada lelaki bila kereta lelaki tersebut rosak
10. Tidak terlalu seksi dalam berpakaian
11. “Ok..tadi awak belanja makan, biarlah saya bayarkan tiket wayang.”
12. Wanita yang dapat menjalinkan perhubungan rapat dengan ibunya
13. Wanita yang berwawasan/bercita-cita tinggi
14. Wanita yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi
15. Wanita yang tahu menjaga maruah diri
16. Wanita yang cekal serta tidak mudah mengalah dalam situasi tertekan
17. Sentiasa berada di sisi tidak kira masa susah atau senang
18. Yang tidak suka berleter
19. Tidak kisah dengan cara apa pun untuk mendapatkan makanan kegemaran lelaki
20. Sediakan secawan teh/kopi tanpa disuruh
21. Wanita yang mengambil berat tentang lelaki


Lelaki tidak suka:


1. Wanita yang suka mengumpat
2. Sombong dan bongkak tak tentu pasal
3. Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
4. Merokok
5. Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
6. Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk mendapat perhatian
7. “Tak boleh ke awak buat sesuatu dengan betul…”
8. “Jangan awak nak ajar saya apa yang betul, apa yang tidak..”
9. Wanita yang bersikap hipokrit
10. Terlalu ingin mengetahui hal peribadi lelaki
11. Sukar buat keputusan terutama hal berkenaan hubungan serius dengan si lelaki
12. Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
13. Pakaian wanita berselerak di biliknya
14. Tidak bertanggungjawab langsung
15. Wanita yang terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya
16. Kuat berleter walaupun dalam hal yang remeh
17. Boros berbelanja
18. Tidak tahu/malas memasak
19. Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
20. ‘Queen control’ hinggakan nak buang air pun perlu minta izinnya.


p/s

bagi kaum adam ni,jgn terlalu memilih sgt,tgok jge diri tu,,ibarat kata org tua2"ukur baju badan sendiri"((peribahasa).

Rabu, 13 Mei 2009

KAREKTOR MANUSIA BERDASARKAN KENTUTNYA...

1.Orang TIDAK JUJUR-Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

2.Orang BANGANG-Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

3.Orang BERWAWASAN LUAS-Orang yang tahu bila harus kentut.

4.Orang SENGSARA-Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

5.Orang MISTERIUS-Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

6.Orang GUGUP-Orang yang tiba-tiba menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.

7.Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI-Orang yang selalu mengira kalau kentutnya bau harum.

8.Orang SADIS-Orang yang kalau kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain.

9.Orang PEMALU-Orang yang kalau kentut tidak bunyi tapi lalu merasa malu sendiri.

10.Orang yang STRATEGIK-Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar
orang lain tidak dengar.

11.Orang BODOH-Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti kentutnya yang keluar.

12.Orang PELIK-Orang yang kalau kentut di keluarkan sikit-sikit,sampai bunyi "tit-tit-tit"

13.Orang SOMBONG-Orang yang sering mencium kentutnya sendiri

14.Orang RAMAH-Orang yang senang mencium kentutnya orang lain.

15.Orang yang tidak senang BERGAUL-Orang yang kalau kentut sembunyi.

16.Orang AKUATIK-Orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi "blekuthuk-blekuthuk"

17.Orang ATLETIK-Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

18.Orang JUJUR-Orang yang mengaku kalau habis kentut

19.Orang PINTAR-Orang yg boleh menandai bau kentutnya org lain.

20. Orang MALANG-Orang yang nak kentut tapi terkeluar taik....


"Jadi fikirkanlah dimana status diri anda..(",)

P/s.
kepada pembaca harap "openmainded" la..ni gurauan semata2.
selamat melayari blog saya..
terima kasih..

Isnin, 11 Mei 2009

Tiada sebabnya..

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata..
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.

"Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati."



p/s.
bagi sesiapa yang akan bergelar suami @ isteri,
jgnlah menduga kasih sayang..kerana ia tidak dapat dilihat,
tapi dapat dirasainya..Wallu'alam..

Tujuh Ayat Cinta...

1.Bismillahhirrahmannirrahim: pada

tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.



2.Alhamdulliah
:
pada tiap-tiap

habis melakukan sesuatu.



3.Astagfirrullah
:
jika tersilap

mengatakan sesuatu yang buruk.



4.Insyaallah
:
jika ingin melakukan

sesuatu pada masa akan datang.



5.Lahaulawalaquatai llahbillah
:
bila

tidak dapat melakukan sesuatu yang

agak berat atau melihat sesuatu yang

buruk.



6.Innalillah
:
jika menghadapi

musibah atau melihat kematian.



7.Laailaahaillallah
:
bacalah

sepanjang siang dan malam sebanyak-

banyaknya.amalkanla h selalu moga-moga

kita tergolong dikalangan orang yang

Jumaat, 8 Mei 2009

kata orang tua2..

Rahsia tentang dahi!!!!!!!

Rahsia tetap rahsia??eh...tidak semestinya ,tidak semua rahsia tetap akan
menjadi rahsia selamanya....korang nak kenal lebih rapat dengan si dia yang
menjadi pujaan hati korang selama ini?Tenung, kaji & amati si dia betoi
betoi kerana kita akan bongkar rahsia dia menerusi dahi!!!

DAHI LEBAR

Ciri2:saiz dahi XL, lapang lagi luas mata memandang .
Faktor2 Best:Tidak suka 'port' tentang hal peribadi orang lain,berjimat cermat.
Faktor2 kureng: Sering disalah anggap sombong kerana berat mulut untuk memulakan bicara.

DAHI DENGAN JUNTAIAN ANAK RAMBUT

Ciri2: rambut terjuntai seolah menetupi dahi
Faktor2 Best: pemurah dari segi tenaga , wang ringgit @ apa saja.
Faktor2 kureng: Mudah cair dengan pujuk rayu, sering diambil kesempatan.

DAHI BENTUK HATI

Ciri2: Bentuk seakan huruf 'M'
Faktor2 Best: murah rezeki, kreatif keran asuka berfikir dan berimaginasi.
Faktor2 Kureng: Tidak suka pegang tanggungjawab, tidak pandai simpan rahsia

DAHI JENDOL

Ciri2: dahi menonjol. permukaan luas
Faktor2 Best: BNertanggungjawab, rajin, aktif, cerdas lagi bijaksana
Faktor2 Kureng: kurang keyakinan pada diri sendiri .lagi satu kalau
bercinta,tak ingat dunia.jiwangv karat!

DAHI BERSEGI

Ciri2 :Berbentuk seakan petak
Faktor2 Best: Tekun, rajin, mudah beri tumpuan terhadap sesuatu.
faktor2 kureng: dah lah tak pandai bersosial, pilih bulu lak tu

DAHI SEMPIT

Ciri2 : Bersaiz S, penuh dengan anak rambut.
Faktor 2 Best: Sangat berdikari, tidak mudah putus asa ,cerdik.
faktor2 kureng: yang nie tak banyak kelemahan....sukar mencari pasangan
idup.

Terbongkarlah satu rahsia disebalik dahi, nampak gayonya, lepasnie kenalah
cover sikit kalau nak keluar, nanti orang tahu lak rahsia kita! apapun ini
hanyalah hiburan semata mata yang disampaikan dari mulut ke mulut sjak
berdekad lalu...